Falsafah, Visi & Misi

 

Falsafah Pendidikan SMARISH

Tindakan bersepadu oleh semua warga sekolah secara berterusan bagi mengembangkan lagi potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan harmonis dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelektual berdasarkan tarbiah islamiyyah serta ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

Usaha ini adalah untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

 

Visi
Hidup berjuang membentuk warga smarish menjadi insan unggul dan bertaqwa.

 

Misi
Mengasuh dan mendidik ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah serta mengembangkan para pelajar mengikut minat, kreativiti dan sahsiah berdasarkan tarbiah islamiyyah yang berpandukan kurikulum pendidikan negara.

 

 

TOP