MENTOR MENTI

Dewan Terbuka Al-Ghazali, SMARISH. 22hb  Februari 2017, satu program iaitu Program Mentor Menti untuk pelajar pelajar tingkatan 2 hingga tingkatan 6. Program ini bertujuan untuk memberi garis panduan atau bimbingan kepada pelajar melalui guru-guru. 

Program ini juga dapat mendidik dan membimbing pelajar supaya taat dengan arahan yang diberi, kemesraan antara satu sama lain dan mengeratkan lagi silaturrahim diantara adik-beradik angkat di dalam program itu. Visi utama program adalah dapat mengenali latar belakang seseorang itu dengan lebih terperinci .Hasrat tenaga pengajar di sini agar semua pelajar berjaya dan berubah menjadi lebih baik, Kata Tn  Hj Abdul Halim Bin Mat Hashim.

 

Pelajar yang terlibat adalah tingkatan-tingkatan yang akan menduduki peperiksaan besar kecuali tingkatan satu manakala guru-guru yang terlibat ialah guru-guru yang mengajar di tingkatan tersebut. Guru-guru juga hendaklah memahami anak angkat (menti) di bawah jagaannya seperti membuat penilaian secara berkala dan setiap kali peperiksaan.Guru hendaklah memantau peratusan  mentinya dalam pelajaran sama ada menurun atau meningkat. Dalam erti kata lain guru-guru perlu membimbing pelajar yang diamanahkan ke arah yang lebih baik.

 

Akhir sekali, harapan guru-guru untuk program mentor-menti adalah pelajar-pelajar dapat mengenal erti tanggungjawab yang diberi dan diamanahkan 

supaya mendapat memberi kesan ke arah lebih baik. Ini kerana, perhatian yang lebih dapat menjadikan seseorang itu lebih berjaya dan lebih bersemangat untuk belajar. Ini juga bermakna,guru-guru juga perlu memainkan peranan penting dalam pelaksanaan program tersebut. 

Di sediakan oleh:Puteri

 

 

TOP