:
Tinta%20Pengarah


Profesional guru adalah satu profesion yang mulia. Namun begitu ianya amat mencabar. Dari itu, dalam menghadapi tugas yang mencabar dan memikul tanggungjawab yang berat ini, setiap guru mestilah lebih peka disamping menjalankan kewajipan sebagai pendidik anak bangsa selagi ia tidak melanggar atau bercanggah dengan hukum agama dan tatasusila kita. Adalah diharapkan kepada guru-guru yang dianggap sebagai sebuah keluarga di sekolah ini agar dapat bekerjasama dalam menjayakan harapan dan memajukan sekolah ini setiap masa.
Dalam pada itu guru mestilah:

  • Menjadi pencinta ilmu dan sentiasa hauskan pengetahuan serta member tunjuk ajar dengan ikhlas serta memupuk semangat belajar.
  • Menjadi contoh dan ikutan kepada murid samaada didalam atau diluar sekolah dari segi pertuturan, pakaian, amanah, rajin, cekap dan kesempurnaan kerja.
  • Mempunyai sifat yang positif terhadap kerja yang dilakukan kreatif dan peka terhadap perkembangan sekeliling.
  • Memahami dan menghayati konsep bersepadu ilmu dan amal menjalin imbang rohani dan jasmani.
  • Memahami tentang Falsafah Pendidikan Negara iaitu hasrat dan matlamat, amalam, penghayatan, kesedaran dan keinsafan serta patuh dan percaya kepada Tuhan.

Harapan saya agar para guru akan menerapkan ke dalam jiwa masing-masing tentang cirri-ciri keguruan tugas dan peranan demi kepentingan anak bangsa yang bakal mewarisi tugas-tugas negara kelak.

Semoga segala usaha yang kita jalankan sentiasa diberkati Allah SWT sepanjang masa.

“BERAMAL DENGAN IKHLAS”